fbpx

SEB dilantik kontraktor utama bina kilang DLMI di Enstek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramjeet Kaur (dua dari kiri) bersama Wai Hung (dua dari kanan) selepas majlis pemeteraian perjanjian di Petaling Jaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) telah melantik kontraktor tempatan, Seremban Engineering Berhad (SEB) sebagai kontraktor utama untuk membina kilang pembuatan produk tenusu halal baharunya di Techpark, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Pengarah Urusan DLMI, Ramjeet Kaur Virik berkata, kontrak bernilai lebih RM100 juta itu merangkumi semua kerja sivil, struktur dan seni bina yang akan dikendalikan oleh SEB untuk membina hab pembuatan produk tenusu halal baharunya berkeluasan kira-kira 13 hektar.

Menurut beliau, hab pembuatan tenusu halal baharu itu dijangka mula beroperasi pada tahun 2024.

“Kerja-kerja pembinaan telah bermula di hab pembuatan tenusu halal baharu kami ini yang bakal membolehkan proses pembuatan dilakukan secara lebih efisien.

“Secara tidak langsung, ini akan menggandakan kapasiti pengeluaran kami,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis pemeteraian perjanjian antara DLMI dengan di pejabat korporat Kumpulan di sini baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif SEB, Wong Wai Hung.

SEB yang memiliki rekod prestasi selama 42 tahun merupakan syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia yang mengkhususkan dalam fabrikasi peralatan dan keluli, perkhidmatan kejurutera­an serta pemasangan kilang.

Negeri Sembilan menjadi destinasi pelaburan pilihan DLMI kerana dasar negeri yang mesra perniagaan, selain faktor jarak­nya yang berdekatan dengan Lembah Klang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI