fbpx

Salah faham punca kebakaran PPR Intan Baiduri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beh Eng Lai (tengah) memaklumkan salah faham menjadi punca kebakaran 48 buah motosikal dan 4 buah kereta PPR Intan Baiduri Jumaat lalu pada sidang akhbar di IPD Sentul hari ini.

KUALA LUMPUR – Salah faham dengan jiran menjadi punca seorang penolak sayur bertindak membakar sebuah motosikal sehingga mengakibatkan kebakaran 48 buah motosikal dan empat buah kereta di Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, perselisihan faham terjadi selepas mangsa memarahi suspek utama dalam kes tersebut selepas cuba menjual dadah kepada anak mangsa.

“Hasil siasatan mendapati motif pembakaran adalah disebabkan oleh salah faham diantara suspek utama dengan salah seorang mangsa motosikal yang terbakar.

“Suspek bertindak membakar motosikal milik mangsa dengan menyalakan api di kushion yang koyak di motosikal milik mangsa namun tidak menjangka kebakaran tersebut telah merebak ke keseluruhan kawasan parkir motosikal di Blok C PPR tersebut.

“Anggaran kerugian dalam kebakaran tersebut berjumlah RM300,000,” katanya dalam satu sidang akhbar di IPD Sentul di sini hari ini.

Mengulas lanjut, suspek utama berumur 31 tahun serta mempunyai 14 rekod kes lampau berkaitan kes jenayah bunuh, samun, gaduh dan dadah.

“Pada 4 Mac kira-kira pukul 1.30 petang hingga 05 Mac kira-kira pukul 6.30 petang, pihak polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul telah berjaya menangkap tiga orang lelaki warganegara tempatan berusia lingkungan 31 hingga 44 tahun di PPR Intan Baiduri Kuala Lumpur yang disyaki terlibat dalam kes ini.

“Susulan dari tangkapan yang dilakukan, polis turut merampas satu unit pemetik api dipercayai telah digunakan untuk memulakan kebakaran. Selain itu, pihak polis juga turut merampas pakaian yang dipakai oleh ketiga-tiga suspek semasa kejadian berlaku.

“Kertas siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur dan suspek utama kes ini akan dituduh di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan, manakala dua lagi suspek yang ditangkap akan dijadikan saksi pendakwaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI