fbpx

Rusia, Ukraine setuju laksana gencatan senjata sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASKAR Ukraine membantu seorang warga emas melintas sebuah jambatan yang musnah ketika berpindah keluar dari banda Irpin, semalam. - AFP

KIEV – Moscow dan Kiev hari ini bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata selama sehari di beberapa koridor pemindahan bagi membolehkan penduduk melarikan diri dari zon peperangan, kata Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Iryna Vereshchuk.

Vereshchuk berkata, Moscow berikrar untuk menghormati gencatan senjata dari pukul 9 pagi (waktu tempatan) hingga 9 malam (waktu tempatan) di kira-kira enam kawasan pertempuran termasuk wilayah-wilayah di sekitar Kiev,  Zaporizhzhia di bahagian selatan dan beberapa bahagian timur laut Ukraine.

Orang awam di sekitar Kiev termasuk Irpin dan Bucha akan dipindahkan ke ibu negara Ukraine itu untuk mengelak daripada serangan bom tentera Rusia.

Menurut laporan, penduduk terpaksa berpindah dalam situasi tembakan dan pengeboman bagi menyelamatkan diri daripada terkena serangan.

Semalam, kira-kira 60 buah bas membawa dua konvoi berjaya memindahkan orang awam keluar dari bandar Sumy, 350 kilometer di timur Kiev.

Lebih 5,000 penduduk dipindahkan dari bandar itu, yang terletak berhampiran dengan sempadan Rusia dan terjejas teruk akibat pertempuran sengit. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI