fbpx

‘Rumah dah bayar bulan, tapi penuh dengan keluarga pekerja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alin Yusof berkongsi keadaan rumah yang dibelinya telah didiami oleh pekerja projek perumahan tersebut tanpa sebarang pemberitahuan.

PETALING JAYA – Seorang wanita mendakwa rumah yang dibeli di Ranggu, Tawau telah didiami oleh pekerja projek perumahan tersebut bersama keluarganya sementara ia masih dalam proses pembinaan.

Menerusi perkongsian gambar oleh pemilik, Alin Yusof di Facebook, dia mempersoalkan tindakan pihak pemaju serta kontraktor kerana telah membenarkan pekerja mereka untuk tinggal terlebih dahulu dalam unit yang dibeli pelanggan.

“Apa cerita rumah di Ranggu ini kami yang bayar tapi pekerja yang tinggal,” tulisnya menerusi kapsyen di Facebook.

Dalam pada itu, hantaran wanita tersebut telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai dan pelbagai reaksi telah diberikan di ruangan komen.

“Gila apa, beli rumah mahal-mahal kontraktor bagi pekerja duduk dulu, kesian tak sempat rasmi rumah sendiri,” ciap seorang pengguna Twitter.

Sehubungan itu, rata-rata daripada mereka berasa kurang senang dengan tindakan pekerja terbabit kerana dengan sewenang-wenangnya tinggal di dalam rumah orang tanpa sebarang kebenaran atau pengetahuan pemilik.

Berita berkaitan: PR1MA mohon maaf pekerja huni rumah pembeli

“Mungkin boleh buat laporan berhubung isu ini, agak tidak adil jika orang lain dibenarkan tinggal di dalam rumah orang tanpa pengetahuan pemilik itu sendiri,” ujar Shikin Md Ali.

“Dua tiga kali kami pindah rumah, setiap kali buat pengubahsuaian, mesti pekerja buruh yang buat rumah tinggal dalam rumah buat macam rumah sendiri, dengan bersepahnya, temasuklah ambil barang-barang yang ditinggalkan dalam rumah, melayang duit,” luah pengguna yang lain.

Selain itu, mereka juga meminta agar pihak berwajib yang mengendalikan projek perumahan itu untuk lebih bertanggungjawab dalam menjaga hak pengguna dan pemilik rumah.

“Pihak pemaju atau kontraktor sila lebih peka dengan isu seperti ini, kami dah bayar rumah secara bulanan, jangan biar orang lain duduk percuma, siap buat macam rumah sendiri, mana hak kami sebagai pemilik rumah,” kata Syazmir Azhari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI