fbpx

Pindaan akta judi akan dibentang tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah

KUALA LUMPUR – Pindaan akta bagi mengenakan hukuman dan penalti lebih berat terhadap operator atau penganjur yang tidak berlesen dan pemain bagi tujuan membanteras kegiatan perjudian haram akan dibentangkan tahun ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tujuan pindaan penambahbaikan itu adalah bagi memastikan undang-undang berkenaan relevan dengan perubahan modus operandi sindiket perjudian terutama perjudian dalam talian.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut dibabitkan dalam kajian undang-undang berkaitan perjudian yang sedang dijalankan oleh Kementerian Kewangan (MOF) untuk ditambah baik supaya sentiasa selaras dengan perkembangan semasa,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Seri Mohd. Salim Sharif (BN-Jempol) yang ingin tahu apakah tindakan kerajaan dalam membanteras judi tidak berlesen di Dewan Rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI