IPOH – Operasi mencari dua orang mangsa yang dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan batu kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai diteruskan hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pemantauan udara telah dilakukan menggunakan dron.
“Antara pihak terlibat adalah Pasukan Khas Operasi Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan polis.
Turut digunakan pasukan Unit Anjing Pengesan Bomba (K9), Unit Dron JBPM, Pejabat Tanah & Galian serta Jabatan Mineral & Galian Negeri Perak,” ujar jurucakap tersebut.
Operasi mengalami kesukaran akibat saiz batu yang besar dan keadaan tempat berlakunya runtuhan yang masih tidak selamat. – KOSMO! ONLINE