fbpx

Pasang radar elak pencemaran bunyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADAR bunyi dipasang di tiang lampu bagi mendenda pemilik motosikal dan kenderaan lain yang mengeluarkan bunyi terlalu kuat di Paris.

DALAM usaha mengurangkan pencemaran bunyi di salah satu bandar raya paling bising di Eropah iaitu Paris, Perancis, pihak berkuasa memasang dan menghidupkan radar bunyi pertamanya.

Ia bagi mendenda pemilik motosikal dan kenderaan lain yang mengeluarkan bunyi terlalu kuat.

Radar tersebut diletakkan pada tiang lampu jalan dan mampu mengukur tahap bunyi kenderaan yang bergerak dan dikatakan boleh mengenal pasti nombor pendaftarannya.

“Bunyi bising yang terlalu kuat membuatkan ramai orang jatuh sakit.

“Matlamat radar ini dipasang adalah untuk mengeluarkan denda secara automatik kepada kenderaan mengeluarkan bunyi bising melampau.

“Ini untuk kesihatan dan kualiti hidup kita semua,” jelas Datuk Bandar Paris, David Belliard.

Dalam masa beberapa bulan lagi, peranti itu akan diuji sama ada ia boleh mengenal pasti dengan tepat nombor pendaftaran kenderaan yang mengeluarkan bunyi bising sebelum diluluskan secara rasmi menjelang akhir tahun ini.

Pihak berkuasa di Paris merancang mengeluarkan denda pada awal 2023.

Dalam pada itu, kerajaan Perancis dilaporkan akan memasang radar bunyi itu di tempat lain di negara berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI