fbpx

Omicron kini sudah jadi ‘sahabat’ kita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengambilan vaksin dapat mengurangkan simptom teruk jika seseorang dijangkiti virus Covid-19.

 

AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI,
WARTAWAN EKSEKUTIF

TANPA kita sedari, lebih 10 peratus rakyat di negara ini sudah dijangkiti Covid-19 (koronavirus) sejak penularannya pada November 2019 lalu.

Berdasarkan data sehingga semalam, jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 3,649,463 manakala kes harian 26,856 kes.

Jika kita imbau kembali sejarah bermulanya pandemik ini, kes pertama jangkitan dikesan di China pada 17 November 2019.

Menurut akhbar tempatan negara terbabit, pihak berkuasa telah mengenal pasti kira-kira 266 individu dijangkiti seawal bulan November beberapa ming­gu sebelum pengumuman rasmi tentang wabak itu dibuat.

Mengikut laporan itu lagi, seorang individu berusia 55 tahun dari wilayah Hubei menjadi individu pertama disahkan positif Covid-19.

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) me­nerima tiga kes (dua di Sabah dan satu di Selangor) disyaki dijangkiti Covid-19 (2019-nCoV) pada 23 Januari 2020.

Keesokan harinya, KKM memaklumkan lapan kontak rapat kepada kes pertama 2019 yang ketika itu dikenali (nCoV) di Singapura berada di Johor Bahru dan dikuarantin.

Manakala pada 25 Januari 2020, Menteri Kesihatan (ketika itu), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, mengesahkan kes pertama 2019-nCoV membabitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Si­ngapura pada 23 Januari.

Rentetan itu, Covid-19 ini te­rus mengganas di negara kita sehingga ribuan nyawa terkorban dek virus ‘durjana’ ini.

Menurut data yang dikeluarkan KKM, setakat 7 Mac, angka korban terkini sebanyak 33,305 dan kematian di luar hospital brought in death (BID) pula 6,895.

Meskipun angka ini semakin membimbangkan, namun pada pandangan penulis, rakyat kita seolah-olah leka terutamannya berkaitan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang masih dilaksanakan ketika ini.

Lihat sahaja di kawasan-kawasan tumpuan ramai umpa­manya pasar-pasar malam, penjarakan sosial memang ‘kelaut’, berhimpit-himpit di tempat awam, pelitup muka pula hanya di dagu.

Selain mengabaikan SOP, ramai juga terperangkap de­ngan ‘momokan’ sesetengah in­di­vidu supaya tidak mengambil dos penggalak (booster) kerana bagi mereka varian Omicron ketika ini tidak berbahaya.

Bagaimanapun, telahan geng anti vaksin itu nyata bercanggah dengan kenyataan Naib Presiden Medical Mythbusters Malaysia (M3), Dr. Amirul Amzar yang memaklumkan Omicron masih mampu membunuh walaupun tidak seteruk varian Delta.

Jelas Amirul, walaupun varian ini tidak ‘separah’ Delta, namun pada golongan tua, komorbiditi dan kurang daya tahan badan, ia amat berisiko dan berbahaya.

Selain itu, katanya, varian ini juga menular jauh lebih pantas berbanding varian sebelumnya sehingga menyebabkan kes me­ningkat dengan sangat drastik.

“Malah, varian Omicron ini ada mutasi yang banyak termasuk pada ‘spike protein’, menyebabkan ia boleh menjangkiti mereka yang dah divaksin dan yang pernah dijangkiti sebelum ini.

“Sebab itu semua kena ambil booster dan patuh SOP,” katanya.

Menjelaskan lagi mengenai varian Omicron, Amirul berkata, sekiranya rakyat terus leka, tidak mustahil kes melonjak hingga 50,000 dan mungkin sehingga 100,000 kes sehari berdasarkan trend terkini jangkitan Omicron.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI