fbpx

Lelaki maut Perodua Axia bertembung Proton Persona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta dinaiki mangsa yang remuk teruk selepas bertembung dengan kereta Jenis Proton Persona di Kilometer 65 Jalan Kuantan-Segamat di Pekan semalam.

KUANTAN – Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Perodua Axia dipandunya bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Persona di Kilometer 65 Jalan Kuantan-Segamat di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian kira-kira pukul 7.15 petang itu berlaku ketika mangsa Khairul Anuar Khairi,43, dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Segamat.

“Apabila tiba di tempat kejadian kereta dipandu mangsa tiba-tiba terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta jenis Proton Persona yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat kejadian pemandu kereta jenis Perodua Axia meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya penumpang hadapan Perodua Axia patah tangan kanan manakala pemandu dan dua penumpang kereta jenis Proton Persona mengalami kecederaan parah.

Menurut Kamarulzaman mangsa yang maut dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera di rawat di hospital sama.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan masih giat dilakukan.

“Berdasarkan siasatan awal lokasi kejadian adalah jalan lurus dan semasa kejadian keadaan jalan kering dan cuaca gelap,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI