JAKARTA – Seorang lelaki di bandar Pontianak, Indonesia ditahan polis selepas dipercayai cuba menjual kekasihnya kepada pelanggan menerusi aplikasi Michat, lapor laman Suara.com, semalam.
Suspek bernama AD itu mengiklankan kekasihnya untuk dijadikan pemuas nafsu mana-mana lelaki hidung belang dengan harga 300,000 rupiah (RM87).
Menurut Ketua Bahagian Jenayah Polis Pontianak, Indra Asrianto, ini bukan kali pertama AD menjadikan kekasihnya sebagai lubuk mendapatkan wang dengan mudah.
“AD menggunakan identiti berbeza di laman Michat untuk mencari pelanggan dan menetapkan harga 300,000 (RM87) hingga 500,000 rupiah (RM145) untuk beberapa wanita dipercayai bekas kekasihnya sebelum ini.
“Pihak kami telah membawa suspek ke balai untuk soal siasar lanjut bagi membongkar sama ada terdapat mangsa lain dalam skim pelacuran ini,” jelas Indra. – Agensi