fbpx

Latiff kecewa hampakan penyokong Harimau Kumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPTEN Penang FC, Abdul Latiff (gambar) nekad mempamerkan momentum cemerlang sekali gus tidak mahu mengecewakan lagi peminat setia Harimau Kumbang. Foto ihsan FB Penang Football Club.

GEORGE TOWN – Kapten Penang FC, Abdul Latiff Suhaimi, 33, meluahkan kekecewaan apabila pasukannya gagal mengumpul mata penuh ketika beraksi di laman sendiri dalam aksi saingan Liga Super menentang Melaka United FC di Stadium Bandaraya di sini malam semalam.

Lebih pasrah lagi apabila dia yang beraksi di posisi pertahanan skuad Harimau Kumbang itu telah menghasilkan gol jaringan sendiri hasil tampanan bola yang terkena pada badannya pada minit ke-40.

Pada perlawanan itu, pasukan kendalian Ketua Jurulatih Tomas Trucha terikat dengan kedudukan seri 1-1 sehingga 90 minit perlawanan berlangsung.

Latiff berkata, dia memberi jaminan tidak akan mengulangi kesilapan tersebut sekali gus nekad mempamerkan momentum kecemerlangan buat pasukan serta peminat tegar Penang FC.

“Memang amat kecewa lagi-lagi apabila bola terkena pada badan sehingga memberi gol percuma kepada pihak lawan.

“Saya nekad tidak mahu menghampakan peminat setia Harimau Kumbang dan untuk perlawanan seterusnya, kami tidak mahu mengecewakan lagi pemain ke-12 (penyokong),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Latiff memberitahu, dia memuji semangat juang yang dipamerkan barisan pemain tempatan semasa perlawanan kedua bertemu Melaka di tempat sendiri.

“Bukan mudah bermain dengan pasukan lawan yang mempunyai pemain-pemain import yang berkualiti apatah lagi ketika kami beraksi tanpa kehadiran Casagrande dan Endrick Dos Santos.

“Banyak peluang yang disia-siakan terutama pada masa pertama perlawanan. Mungkin dua atau tiga gol kita mampu peroleh. Rezeki tidak berpihak kepada kita,” jelasnya lagi.

Mengenai gandingan antara pemain lama dan baharu, akuinya lagi, persefahaman pemain dikatakan mula terhasil dalam dua aksi perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Melaka United FC.

“Kita sudah boleh nampak keserasian pemain dan mereka semakin positif serta memahami antara satu sama lain. Semua pemain juga memberi kerjasama yang baik dan berkerja keras semasa berada di dalam dan luar padang,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI