fbpx

KPDNHEP sokong pelitup muka terus diwajibkan pemakaiannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyokong penuh prosedur operasi standard (SOP) mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, langkah itu masih diperlukan bagi membendung Covid-19 terutamanya varian Omicron yang mudah merebak.

“KPDNHEP akan memastikan bekalan pelitup muka dan Kit Ujian Kendiri Covid-19 (RTK) sentiasa stabil dan peniaga mematuhi harga maksimum yang telah ditetapkan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, langkah pencegahan dan pengesanan melalui pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera juga perlu terus diwajibkan dan hanya dikecualikan untuk kawasan terbuka tidak sesak serta tiada perhimpunan orang ramai.

Katanya, MYSJTrace perlu terus diwajibkan untuk tempat tertutup yang dipenuhi tetamu atau pengunjung.

“KPDNHEP akan memastikan SOP ini terus dipatuhi oleh pengguna ketika mengunjungi premis perniagaan terutama sektor peruncitan dan pengedaran di bawah seliaan KPDNHEP,” katanya.

Menurut Alexander, peratus pematuhan SOP Pelan Pemulihan Negara bagi sektor perdagangan pengedaran adalah tinggi sehingga 99.9 peratus berdasarkan pemeriksaan di 1.088 juta premis dari 13 Mei 2020 hingga semalam.

“Sejumlah 1,063 kes direkodkan bagi pelbagai kesalahan ketidakpatuhan SOP dan jumlah kompaun yang dikeluarkan pula adalah sebanyak RM5.267 juta sepanjang tempoh yang sama,” katanya.

Justeru, katanya, KPDNHEP berharap rakyat terutama komuniti perniagaan dan pengguna menyambut baik pengumuman Perdana Menteri semalam berhubung peralihan ke fasa endemik bermula 1 April depan.

Katanya, beliau berharap rakyat menyokong kesemua sepuluh SOP Peralihan Ke Endemik agar negara segera kembali kepada kehidupan dan aktiviti seperti biasa sebelum Covid-19 tetapi dalam norma baharu yang lebih selamat dan berdaya maju. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI