fbpx

Kelindan maut nahas dua kenderaan berat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kelindan maut apabila terbabit dalam nahas dua buah kenderaan berat di kilometer 229, Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), di sini, pagi tadi. - Foto IHSAN POLIS

REMBAU – Seorang kelindan maut apabila terbabit dalam nahas dua buah kenderaan berat di kilometer 229, Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa, Mohamad Razali Bin Umar, 36, beralamat di Felda Jengka 14, Pahang disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Hazri Mohamad, kemalangan berkenaan membabitkan lori jenis Isuzu dan Volvo.

“Siasatan awal mendapati pemandu lori jenis Isuzu berusia 29 tahun dalam perjalanan dari arah Kulai, Johor menghala ke Kuala Lumpur. Sebaik sampai di tempat kejadian telah melanggar bahagian belakang Lori Volvo yang rosak dan berhenti di lorong kecemasan.

“Akibat kemalangan, kelindan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian susulan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Manakala, pemandu lori pula dipercayai mengalami kecederaan patah kaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hazri berkata, pemandu sebuah lagi lori berusia 56 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, mayat mangsa telah di hantar ke Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau dan dibedah siasat esok.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI