fbpx

Kambing biri-biri berkaki lima dilahirkan di Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK kambing mutan itu mengembek dan bermain di dalam kandang. - Newcastle Chronicle

LONDON – Seorang petani di Morpeth, Britain, terkejut apabila mendapati seekor anak kambing biri-biri dilahirkan dalam keadaan mempunyai lima kaki di ladang miliknya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Heather Hogarty, telah berkongsikan video anak kambing biri-biri yang sihat itu dan meminta orang ramai memberikan nama untuknya.

Menerusi video tersebut, ia dilihat mengembek dan berjalan menggunakan empat kakinya yang berfungsi dengan kaki tambahan menonjol dari rusuk kirinya.

Anggota badan tambahan itu dilihat tidak mengganggu haiwan tersebut dan ia berjalan di sekitar kandang dengan mata yang bulat.

Hogarty berkata, ia adalah kali kedua dia melihat kambing mempunyai lima kaki selepas 25 tahun menguruskan ladang Whitehouse Farm itu.

“Anda boleh melihat (kaki tambahan) sebaik sahaja ia dilahirkan. Kaki itu berada di sebelah kiri hadapan, jadi ia hanya satu lagi kaki yang keluar dari bahu,” katanya. 

Haiwan itu merupakan anak kambing biri-biri kedua milik  Hogarty yang mempunyai lima kaki. 

Sebelum ini, wanita berkenaan memiliki seekor lagi kambing betina yang berkaki lima. Kaki haiwan itu bagaimanapun terpaksa dipotong kerana ia terkeluar dari perut dan terseret di atas tanah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI