fbpx

Kakitangan JPJ, peniaga sate dipenjara 12 tahun, denda RM40,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Hanim (kiri) dibawa keluar dari lokap Mahkamah Alor Setar hari ini selepas disabitkan dengan empat pertuduhan menggunakan dokumen palsu.

ALOR SETAR – Seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan peniaga sate masing-masing dihukum penjara selama 12 tahun dan denda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menggunakan dokumen palsu, enam tahun lalu.

Hakim Azman Abu Hassan menjatuhkan hukuman itu ke atas Nurul Hanim Abu Bakar, 37, dan Nik Hazrihairi Nik Kasim, 39, setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap keempat-empat pertuduhan dihadapi mereka.

Nurul Hanim dan Nik Hazrihairi dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan secara serentak selain memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara selama lapan bulan sekiranya gagal membayar denda dikenakan.

Mengikut kertas pertuduhan, Nurul Hanim yang ketika itu bertugas sebagai Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi di Unit Hasil JPJ Cawangan Kulim didakwa menggunakan dokumen-dokumen memiliki butiran matan palsu.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan bagi mengelirukan prinsipalnya apabila mewujudkan pendaftaran empat buah kenderaan dalam pangkalan data MySikap JPJ dengan status lucut hak kastam.

Manakala, Nik Hazrihairi pula didakwa telah memberikan dokumen-dokumen berkenaan kepada Nurul Hanim dengan niat untuk memperdayakan prinsipal wanita berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI