fbpx

Jurugambar The Star, theSun selamatkan wanita mahu terjun Jambatan Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar (kanan) memaparkan Ahmad Zhafaran sedang memujuk seorang wanita di atas Jambatan Pulau Pinang dekat Perai tular di media sosial hari ini.

SEBERANG PERAI – Dua jurugambar dua akhbar tempatan berbahasa Inggeris berjaya menyelamatkan seorang wanita yang dipercayai mahu terjun ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 3.4 arah pulau dekat sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu disedari jurugambar The Star, Ahmad Zhafaran Nasib, 38, dan jurugambar theSun, Masry Che Ani, 48, yang melihat mangsa yang bertopi keledar duduk di atas tembok jambatan.

Menurut Masry, ketika kejadian dia dan Ahmad Zhafaran masing-masing sedang menunggang motosikal dari Butterworth ke George Town sebelum ternampak wanita berusia 30-an itu dalam keadaan mencurigakan.

“Saya dan Zhafaran terus menariknya bagi menghalang daripada dia terjun ke dalam laut sebelum memujuk wanita itu sementara pihak berkuasa sampai.

“Pihak berkuasa tiba kira-kira 15 minit kemudian, manakala Zhafaran terus memujuknya selama kira-kira 40 minit sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI