fbpx

Espargaro makin serasi dengan jentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ESPARGARO mula serasi dengan jentera Honda RC213V hingga membolehkannya muncul di tempat ketiga pada saingan GP Qatar di Litar Antarabangsa Losail, Doha minggu lepas.

QATAR – Pelumba Sepanyol, Pol Espargaro menunjukkan potensi sebenar jentera Honda RC213V selepas berjaya menamatkan saingan di tempat ketiga pada aksi pembukaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) bagi Grand Prix (GP) Qatar di Litar Antarabangsa Losail, Doha Ahad lalu.

Pada saingan itu, Espargaro dilihat berjaya menguasai sebahagian besar perlumbaan, namun ketinggalan pada peng­hujung perlumbaan sebelum terpaksa berpuas hati di tempat ketiga selepas tayarnya mula hilang cengkaman.

Meskipun terlepas untuk menjulang kemenangan, namun Espargaro melihat ia permulaan terbaik bagi pasukan Honda selepas hadir dengan jentera pakej juara.

“Apa yang saya boleh katakan adalah keserasian dengan jentera sudah ada dan ia keputusan positif bagi Honda. Pastinya saya dan Marquez kembali memberi tentangan terutama dalam kelompok hadapan.

“Bagaimanapun, mengakhiri perlumbaan di tempat ketiga selepas menguasai sepanjang saingan bukan yang kami inginkan tetapi kami menghantar mesej jelas bahawa bukan Marquez sahaja mampu menjulang kemenangan bersama Honda.

“Ini bermakna, semua pelumba yang menunggang jentera Honda mampu muncul juara tetapi dengan gaya tunggangan berbeza-beza.

“Pada akhirnya, podium ini adalah khas buat Honda kerana mereka telah bekerja keras sepanjang tahun untuk menyediakan jentera terbaik sebelum bermulanya saingan musim 2022 ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI