fbpx

Indonesia jangka kes Covid-19 turun kepada 5,000 April ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETUGAS kesihatan melakukan ujian saringan Covid-19 ke atas seorang pelajar di sebuah sekolah di Bandung pada 27 Januari lalu. – AFP

JAKARTA – Kementerian Kesihatan Indonesia menjangkakan kes Covid-19 di negara berkenaan  akan menurun di bawah angka 5,000 kes sehari bulan  depan, lapor laman berita Detik semalam.

Jurucakap kementerian berkenaan, Dr. Siti Nadia Tarmidzi berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan trend penurunan bilangan kes yang signifikan dalam beberapa hari kebelakangan  ini.

“Kami menjangkakan pada bulan April ini, kes harian Covid-19 akan berada di bawah kadar 5,000 kes,” katanya.

Tambah Siti Nadia, hampir semua wilayah di negara itu kini turut mencatatkan trend penurunan kes yang pantas.

“Kadar kebolehjangkitan (R-Naught) di lapan pulau besar di Indonesia kini melandai daripada rata-rata 1.14 pada 26 Februari lalu menjadi 1.09. Ia diharap dapat diturunkan di bawah bacaan 1. 

“Trend lebih baik ini didorong oleh faktor imuniti kelompok yang sudah terbentuk di Indonesia,” ujarnya.

Setakat ini, lebih 70 peratus penduduk Indonesia telah mendapatkan dua dos vaksinasi Covid-19.

Bagi peringkat wilayah pula, 12 wilayah di negara itu juga telah mencapai kadar vaksinasi dua dos melebihi 70 peratus. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI