fbpx

Harga MSM sudah capai paras tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida melihat produk berasaskan sawit semasa melawat tapak pameran dan Persidangan Unjuran Harga Minyak Sawit & Laurik (POC) 2022 semalam.

KUALA LUMPUR – Harga mi­nyak sawit mentah (MSM) dilihat telah mencapai paras tertinggi­nya pada RM8,757 satu tan bagi kontrak bulan semasa niaga hadapan minyak sawit mentah (FCPO) baru-baru ini dan ia tidak akan melebihi paras berkenaan.

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, harga MSM dijangka berada pada trend menurun, namun kekal di atas paras RM5,000 satu tan bagi tempoh separuh pertama tahun ini.

“Pada mulanya kami menjangkakan, harga MSM hanya akan mencecah sekitar RM7,000 satu tan, namun konfilk Rusia-Ukraine telah mengakibatkan harga me­lonjak sehingga melebihi paras RM8,000.

“Namun harga MSM tidak akan kekal pada paras ini kecuali ada krisis baharu muncul,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sidang akhbar pada Pameran dan Persidangan Unjuran Harga Minyak Sawit & Laurik (POC) 2022 di sini semalam.

POC 2022 anjuran Bursa Malaysia Derivatives dirasmikan Menteri Perusahaan Perlada­ngan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Sementara itu, Zuraida menjelaskan, sebagai pengeksport minyak sawit nombor satu dunia, Malaysia perlu berusaha mengekalkan nilai yang baik untuk minyak kelapa sawit menerusi pengenalan aplikasi baharu bagi penggunaan minyak tersebut.

Tambahnya, dengan jangkaan penurunan harga MSM bermula suku ketiga tahun ini, ia perlu diimbangi dengan pengeluaran le­bih tinggi dan Malaysia me­nyasarkan pengeluaran MSM sebanyak 22 juta tan untuk 2022, berbanding 18 juta tan pada 2021.

“Kemasukan pertama seramai 32,000 buruh asing untuk sektor perladangan dijangka bulan Mei atau Jun depan,” jelasnya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI