fbpx

Habuan lumayan buat pemain Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA yakin kemampuan anak-anak buahnya untuk merebut slot untuk bersaing ke pentas berprestij Eropah musim depan. – AFP

LONDON – Pemain Arsenal di­jangka mendapat ‘durian runtuh’ yang bernilai £500,000 (RM2.74 juta) bagi setiap seorang sekira­nya mampu mengembalikan kelab itu ke saingan Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak tahun 2017.

Skuad kendalian Mikel Arteta kini sedang mendahului untuk mengisi tempat keempat Liga Perdana Inggeris (EPL), me­mintas Manchester United, sekaligus membuka peluang lebih baik untuk memburu slot ke pertandingan peringkat Eropah.

Ketika ini, The Gunners berke­lebihan satu mata berbanding United dan kini masih memiliki tiga perlawanan dalam tangan.

Malah, dalam sesetengah kontrak pemain, terdapat klausa yang menyebut jumlah gaji akan turut meningkat secara automatik sekiranya kelab itu beraksi pada Liga Juara-Juara.

Sekiranya layak ke pertan­dingan tertinggi Eropah, ia dilihat mampu mempercepatkan usaha Arteta untuk memulihkan pasukan dan meraih kejayaan seperti pernah dikecapi sebelum ini.

Secara tidak langsung, ia akan meningkatkan harapan Arsenal untuk mengekalkan khidmat Bukayo Saka yang sudah tampil sebagai salah seorang watak pen­ting The Gunners musim ini.

Pada jendela perpindahan musim panas selepas ini, keutamaan Arsenal lebih menjurus untuk memperkuatkan jentera serangan dan menyasarkan untuk mendapatkan dua lagi penye­rang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI