fbpx

Misi Lampard di Everton makin getir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAMPARD mempunyai misi besar untuk mengeluarkan pasukan itu daripada zon penyingkiran selepas dibelasah 5-0 oleh Spurs pada aksi EPL di Stadium Tottenham Hotspur awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Everton, Frank Lampard menyatakan kesediaannya berdepan detik sukar untuk cuba mengeluarkan pasukan itu dari zon bahaya selepas hanya dipisahkan satu mata berbanding tiga pasukan bawahan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Situasi yang dihadapi Everton kini bertambah getir selepas dibelasah Tottenham Hotspur 5-0 awal pagi semalam, sekali gus menyaksikan The Toffees menghuni tangga ke-17, sekadar mengutip 22 mata dalam 25 perlawanan.

Situasi itu menyaksikan jumlah mata terendah yang pernah dicatatkan Everton dalam sejarah kelab dalam saingan utama dan ketika ini hanya memiliki
13 perlawanan lagi perlu dihadapi.

Disebalik situasi dihadapi, Lampard mahu anak-anak buahnya kekal positif dan bersatu untuk menghadapi dua aksi penting di gelanggang sendiri, Wolverhampton dan Newcastle United.

Hanya tiga mata yang perlu menjadi keutamaan Everton di ge­langgang sendiri memandang­kan kelab itu dihimpit dengan kemarau kemenangan dalam 11 perlawanan di tempat lawan.

“Kami perlu berfikir secara meluas dengan 13 perlawanan lagi perlu diharungi. Lapan da­ri­padanya beraksi di gelanggang sendiri dan kami perlu hadapi segala kesukaran ketika ini.

“Paling penting adalah kekal positif tetapi bukan dengan cara bodoh. Saya tidak ada sebarang masalah dengan cabaran ini dan pernah hadapinya sepanjang 20 tahun bergelar pemain.

“Paling penting adalah kekal bersatu dan bekerja keras kerana saya tidak hadir ke sini dengan membawa magis,” tegas Lampard. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI