fbpx

DAKN 2030 penggerak sektor agrikomoditi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida (tengah) pada Majlis Pelancaran Dasar Agrikomoditi Negara di Everly Hotel, Putrajaya hari ini. - FOTO: FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

PUTRAJAYA – Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2030 (DAKN 2030) yang dilancarkan hari ini menggariskan hala tuju pembangunan industri agrikomoditi negara merangkumi lapan komoditi negara.

Lapan komiditi tersebut adalah kelapa sawit, getah, kayu-kayan, koko, lada, kenaf, biojisim dan biobahan api.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, DAKN 2030 merupakan kesinambungan kepada Dasar Komoditi Negara (DKN) 2011-2020 telah diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Januari.

Katanya, penggubalan dan hala tuju DAKN 2030 berteraskan Agenda Nasional seperti Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030), Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDG), Rancangan Malaysia Ke-12 dan Rancangan Fizikal Negara Ke-3 (RFN3).

“DAKN 2030 digubal bagi memastikan sektor ini terus dipacu dan memberi sumbangan secara berterusan kepada negara melalui Keluaran Dalam Negeri Kasar Negara (KDNK) dan pendapatan eksport negara.

“Pada masa sama, DAKN 2030 dijangka akan dapat membangunkan rakyat dengan pengurangan jurang pendapatan dan kadar kemiskinan, terutamanya bagi masyarakat luar bandar.

“Sumbangan sektor agrikomoditi kepada pembangunan sosio ekonomi rakyat sejak sedekad yang lalu terbukti apabila telah menjana sumber pendapatan kepada hampir 1.3 juta pekebun kecil dan peluang pekerjaan kepada hampir sejuta rakyat tempatan,” katanya pada sidang akhbar pelancaran DAKN 2030 di sini hari ini.

Beliau berkata, DAKN 2030 merangkumi lima teras utama iaitu kemampanan, produktiviti, penjanaan nilai, pembangunan pasaran dan keterangkuman dengan 14 indikator dan sasaran keseluruhan.

“Lapan komoditi dan empat keutamaan rentas sektor pula mengandungi 130 strategi serta 112 indikator dan sasaran. DAKN 2030 juga menyenaraikan 11 program flagship dan memberi tumpuan untuk menggalakkan pertumbuhan industri berasaskan agrikomoditi dan mempertingkatkan penerimagunaan ekonomi kitaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI