PETALING JAYA – Keadaan cuaca dilaporkan cerah bagi hampir kesemua negeri sekitar Semenanjung serta Sabah dan Sarawak pada pagi ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, cuaca baik ini akan berlarutan sehingga awal petang nanti.
Sementara itu, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat serta ribut petir bakal berlaku di hampir semua negeri menjelang malam nanti dan ia lebih tertumpu sekitar Pantai Barat Semenanjung.
Oleh itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada bagi negeri-negeri sekitar Pantai Barat Semenanjung.
“Dinasihatkan penduduk-penduduk di kawasan terlibat untuk sentiasa semak ramalan cuaca semasa dan membuat persediaan dalam menghadapi sebarang bencana alam,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE