fbpx

Cinta Laura trauma jadi mangsa buli sejak remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CINTA LAURA

AKTRES cantik, Cinta Laura mendedahkan, pengalaman menjadi mangsa buli ketika di bangku sekolah meninggalkan kesan trauma dalam dirinya.

Ujar pelakon berusia 28 tahun itu, dia yang mendapat pendidikan di sekolah antarabangsa (modul pendidikan Amerika Syarikat) di Indonesia pernah dibuli secara lisan selepas bergelar seorang pelakon.

“Saat nama saya popular selepas bergelar pelakon, saya menjadi mangsa buli secara lisan di sekolah.

“Saya diejek secara lisan sehingga membuatkan saya berasa sangat marah dan tertekan.

“Situasi buli yang saya alami sama seperti kisah dalam filem Mean Girls,” katanya.

Gara-gara dibuli, Cinta terpaksa jalan menunduk ketika melintasi kelas pelajar lain kerana dia akan diejek sehingga membuatkan dirinya trauma.
“Saya berasa sangat takut apabila mereka menjerit dan mengejek saya,” katanya.

Bagaimanapun, ketika usianya mencecah 15 tahun, Cinta tekad untuk menjadi seorang remaja yang lebih kuat secara mental dan tidak mahu menunjukkan rasa sedih kepada orang lain.

“Sejak berumur 15 tahun, saya tidak lagi menunjukkan kesedihan atau kelemahan diri, sebaliknya cuba menjadi insan kuat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI