fbpx

‘Ayah nekad pindah tinggal di Mekah lepas selesai umrah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan suasana yang penuh emosi ketika empat beradik mengiringi ayah tercinta untuk kali terakhir sebelum berangkat ke Tanah Suci dan memilih untuk terus tinggal di sana selamanya.

PETALING JAYA – Berkunjung ke Tanah Suci Mekah dan Madinah untuk menunaikan ibadat umrah mahupun haji sudah semestinya menjadi impian setiap umat Islam dan ada yang sanggup untuk menghabiskan sisa hidupnya di sana.

Baru-baru ini, seorang pengguna, Leesa Ridzki memuat naik video memaparkan suasana hiba mereka sekeluarga mengiringi ayahnya di lapangan terbang sebelum warga emas berkenaan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah.

Menerusi perkongsian wanita itu, dia memaklumkan ayahnya nekad untuk terus tinggal di sana dan tidak mempunyai niat untuk kembali ke Malaysia semula.

Jelasnya, keputusan tersebut diambil selepas kematian isteri tercinta dan kerana sering merasa sunyi seorang diri di rumah, ayahnya berhajat untuk terus fokus melakukan ibadah di Mekah sepanjang hidupnya.

“Niat ayah saya memang nak habiskan sisa hidupnya beribadah dengan tenang dekat sana, ayah memang dah niat bila pergi, dia tak nak balik,” katanya.

Meskipun berat, Leesa dan tiga beradiknya yang lain sepakat untuk ikhlaskan pemergian seorang ayah demi kebahagiaan jiwa yang dicarinya selama ini walaupun ia bakal menjadi sebuah pertemuan terakhir buat mereka sekeluarga.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut sebak melihat babak perpisahan mereka sekeluarga yang sangat menyentuh hati dan rata-ratanya mendoakan agar pak cik tersebut diberikan kesihatan sepanjang berada di sana.

“Pak cik sebenarnya insan terpilih oleh Allah, sebab itu Allah beri hidayah kepada pak cik untuk terus nekad tinggal di tanah suci demi ibadah yang lebih baik, moga urusan pak cik dipermudahkan, doakan saya juga diberi kesempatan dan peluang ke sana,” ujar Shairul Shafiee.

“Jiwa dan hati bila dia serah pada Allah, tiada cinta lagi setanding itu. Hebat ayah saudari, hebat juga anak-anak sebab kuat untuk merelakan,” kata Uzey. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI