fbpx

Amaran ribut petir di sembilan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi sembilan negeri petang ini.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat serta ribut petir sedang berlaku di negeri Kedah melibatkan kawasan Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu serta beberapa daerah di Perak.

“Ia termasuklah Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Manakala bagi negeri Pahang, antara kawasan yang mengalami cuaca buruk tersebut adalah Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Selain itu, di Selangor, hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dilihat tertumpu sekitar Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat serta keseluruhan kawasan bagi Kuala Lumpur.

Sementara itu, keadaan yang sama dilaporkan berlaku di Jelebu, Negeri Sembilan dan akan berlarutan sehingga lewat petang nanti.

Tambah MetMalaysia, amaran ribut petir turut dikeluarkan bagi negeri Kelantan melibatkan kawasan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Di Johor, antara daerah seperti Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru bakal berdepan dengan cuaca hujan lebat, ribut petir serta angin kencang petang ini dan dijangka berterusan sehingga pukul 8 malam nanti.

“Di Sarawak, Sri Aman, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh) turut berdepan dengan situasi yang sama,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI