fbpx

Aktiviti kecergasan di gimnasium beri tidur lena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKTIVITI mengangkat berat di gimnasium bukan sahaja baik untuk kesihatan, tetapi juga memberikan tidur lebih lena. – GAMBAR HIASAN

MELAKUKAN aktiviti kecergasan di gimnasium membantu seseorang itu mendapatkan tidur lebih lena.

Kajian oleh penyelidik dari Iowa State University, Amerika Syarikat mendapati, aktiviti mengangkat berat atau melakukan tekan tubi memberikan 17 minit masa lebih tidur berbanding melakukan aktiviti berjoging atau berbasikal.

Penyelidik percaya, koyakan kecil dalam otot sewaktu latihan kekuatan mungkin memerlukan lebih banyak tidur untuk sembuh dengan baik.

Kajian itu melibatkan 386 orang yang ada masalah berat badan berlebihan, berumur antara 35 hingga 79 tahun dan menjalani kehidupan tidak aktif serta mempunyai tekanan darah agak tinggi.

Mereka dibahagikan kepada empat kumpulan dan satu daripadanya tidak melakukan senaman.
Satu lagi kumpulan menghabiskan tiga jam seminggu melakukan latihan kekuatan dengan alat di gimnasium.

Kumpulan ketiga melakukan tiga jam seminggu untuk berlari dan berbasikal, manakala kumpulan terakhir melakukan gabungan kedua-dua jenis senaman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI