fbpx

Detik paling memalukan Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BRUYNE (tengah) meraikan jaringan sambil pemain-pemain United jelas kecewa pada aksi EPL di Stadium Etihad awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ralf Rangnick tetap mempertahankan para pemainnya yang dituduh tidak menunjukkan kesungguhan hingga tewas 1-4 kepada kelab tetangga, Manchester United di Stadium Etihad awal pagi semalam.

Kritikan pedas dilontarkan oleh bekas pemain United sendiri, Gary Neville yang menyifatkan tempoh 25 minit terakhir menjadi detik paling memalukan, manakala Roy Keane turut senada, malah mendakwa permainan longlai ­nyata tidak boleh dimaafkan.

Sebaliknya Rangnick mendakwa City adalah pasukan lebih baik terutamanya di babak ­kedua susulan anak-anak buah­nya sekadar merekodkan 21 peratus penguasaan bola hingga gagal mencipta sebarang percubaan.

“Saya tidak rasakan yang pemain tidak mencuba. Pastinya agak sukar untuk menentang Manchester City kerana mereka adalah pasukan yang cukup baik dalam penguasaan bola.

“Saya tidak boleh salahkan sesiapa kerana tidak mencuba tetapi situasinya agak sukar apabila pasukan lawan memperoleh gol ketiga,” katanya.

Pada perlawanan itu, Kevin De Bruyne dan Riyad Mahrez masing-masing meledak dua gol, manakala jaringan tunggal ­United dihasilkan menerusi Jadon Sancho.

Pada masa sama, Rangnick menolak dakwaan bahawa penye­rang sensasi Cristiano Ro­naldo tidak bermain pada perlawanan itu selepas dimaklumkan dia tidak berada dalam kesebelasan utama United.

“Saya mempercayai jabatan perubatan kelab. Doktor pasukan datang berjumpa saya pada pagi Jumaat sebelum latihan dan memberitahu, Ronaldo tidak dapat berlatih sebab mengalami masalah pada pinggulnya.

“Perkara sama (pinggul) turut berlaku kepada Ronaldo pada Sabtu dan disebabkan itu dia tidak menjadi sebahagian skuad pada perlawanan tersebut,” kata Rangnick. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI