fbpx

‘Tak mahu fikir negatif, harap suami selamat’ – isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wak Uda (tengah) ditenteramkan ahli keluarga ketika mereka berada di lokasi kejadian.

IPOH – Keluarga pemandu jengkaut yang dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan batu di tapak kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai di sini hari ini berharap lelaki itu ditemui dalam keadaan selamat.

Isteri, Wak Uda Bah Kim, 41, berkata, dia mengetahui kejadian menimpa suaminya, Itam Bah Lasoh, 43, melalui bapanya yang dihubungi rakan sekerja suami.

Menurutnya, semasa kejadian mereka berada di Kampung Jelintoh, Gopeng.

“Ayah balik ke rumah tergesa-gesa, saya ingat ada berlaku apa-apa kecemasan, tetapi dia tidak mahu beritahu apa-apa dan hanya suruh ikut ke sini (tempat kerja suami).

“Sekarang saya tidak mahu fikir apa-apa. Cuma harap suami selamat sahaja. Saya serahkan semua kepada tuhan,” katanya ketika ditemui berhampiran lokasi runtuhan di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua empat anaknya berusia dua hingga 15 tahun telah dimaklumkan mengenai kejadian menimpa bapa mereka.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, selain Itam, seorang lagi lelaki warga tempatan turut tertimbus namun identitinya masih belum dikenal pasti.

Dua pekerja kuari masing-masing berusia 35 dan 38 tahun pula terselamat namun mengalami kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI