fbpx

Ajinomoto tawar hadiah ketuhar elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Promosi program pendidikan dan demonstrasi memasak makanan sihat Ajinomoto yang akan bermula pada akhir minggu ini.

PETALING JAYA – Ajinomoto (Malaysia) Berhad (Ajinomoto) menggalakkan masyarakat untuk meningkatkan tahap kesihatan secara konsisten melalui program interaktif dan akademik secara maya.

Menurut Ajinomoto, program, Eat Well, Live Well yang dianjurkan melalui aplikasi Zoom itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan hidangan harian yang sihat dan enak.

“Sepanjang program ber­kenaan, para peserta akan berpeluang menerokai maklumat mengenai Umami dan fakta Monosodium Glutamat (MSG) serta demonstrasi penyedia­an dua jenis hidangan yang menggunakan udang harimau dengan sos labu di samping nasi goreng bersama aneka da­ging.

“Orang ramai digalakkan ­menyertai program tersebut dan mereka berpeluang untuk memenangi sebuah ketuhar elektrik bernilai sehingga RM200.

“Kongsikan maklumat ini bersama keluarga dan rakan-rakan anda untuk turut serta,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Program tersebut akan diadakan pada 12 Mac ini pada pukul 10 pagi yang diadakan dalam bahasa Inggeris, 17 Mac pukul tiga petang (Bahasa Malaysia) dan 26 Mac pukul 10 pagi (Bahasa Inggeris).

Menurut Ajinomoto, tabiat cara hidup sihat, Eat Well, Live Well telah memberi makna yang mendalam kepada rakyat untuk mengamalkan cara memasak dan pemakanan sihat untuk semua peringkat umur.

“Kami berharap masyarakat akan terus menggalakkan amalan sihat ini demi kesejahte­raan masyarakat melalui inisiatif Kumpulan,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI