fbpx

Seorang pekerja kuari dikhuatiri tertimbus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang mangsa diberikan rawatan awal oleh anggota bomba selepas terlibat dalam kejadian runtuhan batu kuari di Keramai Pulai, Simpang Pulai di Ipoh hari ini.

IPOH – Seorang lelaki dikhuatiri terperangkap dalam kejadian runtuhan batu kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 9.40 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai digerakkan ke lokasi kejadian bagi kerja-kerja menyelamat.

“Setibanya anggota di tempat kejadian, pengurus kuari memaklumkan terdapat empat mangsa namun dua daripada mereka berjaya menyelamatkan diri manakala seorang cedera parah dan seorang lagi dilaporkan hilang.

“Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) telah dipanggil untuk membantu operasi mencari mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan batu kuari,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI