fbpx

Seorang anggota tentera maut, 4 cedera trak kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori dinaiki anggota ATM tersebut yang terlibat kemalangan di Kilometer 16, Jalan Penawar-Punggai, Kota Tinggi, petang semalam.

KOTA TINGGI – Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut manakala dua lagi cedera parah selepas kenderaan milik ATM yang dinaiki terlibat kemalangan di Kilometer 16, Jalan Penawar-Punggai, dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihak polis menerima maklumat kemalangan maut melibatkan sebuah lori ATM yang dinaiki lima anggota.

“Dalam kejadian pukul 3.40 petang itu, seorang anggota disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Manakala empat lagi masing-masing dua cedera parah dan dua cedera ringan menerima rawatan lanjut di Hospital Kota Tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan awal mendapati punca kemalangan dipercayai akibat gagal memotong.

Tambahnya, pihak polis masih lagi dalam peringkat siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian dan kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI