fbpx

Saham menjunam, minyak dan emas melonjak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG RAMAI berbaris di luar sebuah kedai emas di Bangkok pada April 2020 untuk menjual barang kemas emas mereka berikutan harga komoditi itu yang melambung tinggi. - AFP

HONG KONG – Pasaran ekuiti menjunam semalam, manakala harga minyak melambung ke paras tertinggi dalam masa 14 tahun dan simpanan selamat emas pula melepasi harga AS$2,000 (RM8,359) satu auns atau RM267.50 untuk satu gram selepas pelabur semakin bimbang  mengenai impak perang Ukraine  terhadap ekonomi dunia.

Harga minyak melonjak hampir 18 peratus kepada AS$139.13 setong untuk seketika iaitu paras yang tidak pernah dilihat sejak pertengahan 2008. Perkembangan itu berlaku selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken mengumumkan bahawa White House dan sekutu-sekutunya menimbang untuk mengharamkan import dari Rusia.

Berikutan Rusia adalah pengeluar minyak ketiga terbesar dunia, langkah sedemikian dijangka akan memburukkan lagi krisis bekalan ketika permintaan semakin meningkat. Harga komoditi lain yang dikeluarkan oleh Rusia dan Ukraine seperti gandum dan logam juga melambung tinggi.

Eksekutif firma dagangan komoditi Vitol, Mike Muller memberi amaran bahawa keadaan dijangka semakin buruk.

“Lebih banyak kejutan akan berlaku,” katanya kepada siaran podcast terbitan firma perunding berpangkalan di Dubai, Gulf Intelligence 

Kerajaan-kerajaan di dunia sehingga kini mengecualikan minyak Rusia daripada sekatan ke atas Moscow kerana bimbang impak harga akan menjejaskan pengguna.

Lonjakan harga minyak mentah menyebabkan bank-bank pusat ‘sakit kepala’ ketika agensi berkenaan mula mengetatkan polisi kewangan semasa era pandemik bagi menangani inflasi yang kini tertinggi di AS dalam tempoh 40 tahun.

Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pula memberi amaran pada hujung minggu lalu bahawa perang dan sekatan ke atas Rusia akan memberikan ‘kesan amat buruk’ kepada ekonomi dunia.

“Kebimbangan pertumbuhan ekonomi global  menjadi terencat ibarat filem seram kepada bank-bank pusat,” pegawai Bank Nasional Australia, Tapas Strickland.

Kebimbangan mengenai impak ke atas ekonomi global menggemparkan pasaran dengan banyak bursa di Eropah dan Asia mencatat trend penurunan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI