fbpx

Rezeki Ramadan 4 selebriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
(DARI kiri) Zulin Aziz, Faizal Ismail, Bell Ngasri dan Saharul Ridzwan teruja untuk menunaikan ibadah umrah dan menyambut Ramadan pada April depan di Tanah Suci.

IBARAT bulan jatuh ke riba, begitulah rezeki empat selebriti popular, Saharul Ridzwan, Faizal Ismail, Zulin Aziz dan Bell Ngasri yang akan merasai pengalaman menyambut Ramadan di Mekah apabila diundang menunaikan umrah oleh syarikat Syabibah Travel & Tours.

Pelakon Saharul Ridzwan yang akan berangkat bersama kumpulan pertama jemaah umrah syarikat tersebut pada 1 April depan enggan melepaskan peluang keemasan untuk ke Mekah memandangkan pandemik Covid-19 menyukarkan proses menunaikan ibadah tersebut sebelum ini.

“Dalam keadaan sekarang orang yang berduit pun sukar untuk ke Mekah. Bukan seperti dahulu, ada duit dan masa boleh terus ke Mekah buat umrah. Sekarang situasinya berbeza dengan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi. Jika tidak bernasib baik, tidak dapat pergi kerana pelbagai kekangan akibat pandemik Covid-19.

“Jadi, saya amat bersyukur dengan jemputan untuk menunaikan umrah ini. Insya-Allah kalau jadi, ini merupakan umrah saya kali keempat dan merancang untuk pergi bersama isteri.

“Saya tidak takut untuk ke sana dalam keadaan pandemik, saya cuma bimbang tidak jadi sahaja. Dalam keadaan kes Covid-19 sedang mencanak naik, kita semua tidak boleh ramal apa yang akan berlaku pada 1 April nanti,” ujar Saharul yang ditemui baru-baru ini.

Dalam pada itu, Saharul yang merancang untuk menunaikan haji pada tahun ini turut bersyukur apabila diberitahu oleh ustaz bahawa ganjaran menunaikan umrah ketika bulan Ramadan bersamaan seperti menunaikan ibadah haji.

“Saya memang ada niat untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Saya telah ke Tabung Haji untuk daftar haji dan diberitahu giliran saya pada tahun 2062. Insya-Allah boleh buat rayuan untuk dipercepatkan dan amat diharap dapat ke Mekah pada Ramadan ini kerana saya mahu berdoa depan Kaabah agar dipermudahkan urusan menunaikan haji,” kongsi Saharul.

Sementara itu, Bell Ngasri pula tidak menyangka niat yang disimpan untuk ke Mekah ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimakbulkan Allah.

“Sampai menitis air mata saya apabila menerima jemputan untuk menunaikan umrah ini. Sebab saya memang teringin sangat untuk ke Mekah. Kali terakhir saya ke sana pada 2008.

“Semasa PKP, saya memang berniat ingin ke Mekah apabila sempadan negara dibuka. Alhamdulillah, tiba-tiba dapat jemputan menunaikan umrah secara percuma, memang impian saya termakbul,” ujar Bell yang akan ke Mekah pada 10 terakhir Ramadan bersama isterinya.

Pelakon dan pengacara Zulin Aziz yang baru mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu pula menyifatkan undangan menunaikan umrah tersebut adalah hadiah perkahwinan terbaik buat dirinya dan suami.

Pengaruh

Menariknya, mereka berempat dipilih secara rawak oleh pengacara Faizal Ismail yang juga Pengurus Promosi syarikat tersebut bersama 20 selebriti yang lain.

“Sebenarnya saya menghantar mesej secara rawak kepada sekitar 20 selebriti, tetapi hanya mereka berempat yang respons dengan segera. Kira rezeki dan sudah tertulis mereka yang dijemput Allah untuk ke Tanah Suci,” ujar Faizal.

Mengulas lanjut objektif pembabitan selebriti popular, Faizal berkata, idea berkenaan timbul demi menarik lebih ramai jemaah menyertai program umrah bersama syarikat Syabibah Travel & Tours.

“Idea membawa golongan selebriti menyertai program umrah ini tercetus selepas saya ditawarkan menjadi duta merangkap pengurus promosi syarikat ini.

“Saya anggap tawaran yang diberikan ini sebagai rezeki kerana memberi peluang kepada saya mengerjakan umrah dengan mudah.

“Pada masa sama, saya terfikir untuk membawa bersama golongan selebriti kerana mereka mempunyai pengaruh dan pengikut yang ramai dalam media sosial. Jadi, apa salahnya jika kita guna populariti mereka untuk tujuan yang baik.

“Alhamdulillah, strategi tersebut menjadi. Selain dapat menarik lebih ramai jemaah untuk mengikuti program umrah, penggunaan selebriti juga bagus untuk penjenamaan syarikat,” kata Faizal yang juga bekas penyampai radio popular.

Jemaah bawah syarikat Syabibah Travel & Tours yang berangkat ke Mekah pada April depan akan menikmati pengurusan umrah yang selesa dan berbaloi apabila agensi terbabit menawarkan harga serendah RM7,790 (pakej pertama).

Sementara itu, pakej kedua ditawarkan pada harga RM8,590 (11 April – 21 April 2022), manakala pakej ketiga sebanyak RM12,490 (20 April – 1 Mei 2022).
Bagi mereka yang ingin mengerjakan umrah untuk tempoh sebulan, tarikh berangkat adalah pada 1 April hingga 1 Mei 2022 dengan harga yang dikenakan adalah RM23,630.

Semua pakej tersebut termasuklah penginapan di hotel empat bintang, tiket penerbangan, makanan, pengangkutan dan juga bagasi, beg silang serta beg untuk menyimpan kasut.

Buat mereka yang berminat untuk menyertai program umrah kendalian syarikat tersebut, boleh berkunjung ke pejabat Syabibah Travel & Tours yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan atau hubungi talian 018-289 7953 untuk sebarang maklumat lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI