fbpx

Remaja didakwa bunuh bayi jalani pemeriksaan psikiatri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramkarpal (dua dari kiri) ketika ditemui di luar mahkamah selepas mendengar keputusan rayuan jaminan remaja perempuan membunuh bayi di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan remaja perempuan berusia 15 tahun yang didakwa membunuh bayinya pada 8 Februari lalu agar menjalani pemeriksaan psikiatri di hospital pada kadar segera.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani memutuskan demikian selepas mendengar permohonan peguam tertuduh, Ramkarpal Singh.

Beliau begitupun menolak permohonan barisan peguam remaja perempuan itu agar
mengetepikan keputusan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman yang menolak tertuduh diikat jamin di Mahkamah Majistret Kemaman pada 15 Februari lalu .

“Mahkamah mendapati tiada kecatatan dilakukan di peringkat mahkamah majistret.

“Tiada bidang kuasa (mahkamah majistret) untuk menawarkan jaminan bagi pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh),” katanya ketika membacakan penghakimannya di sini hari ini.

Begitupun, Hassan mengakui keperluan penilaian psikiatri dilakukan secepat mungkin terhadap tertuduh mengikut Seksyen 342 Kanun Tatatacara Jenayah.

Terdahulu Ramkarpal memberitahu mahkamah majistret tidak membuat sebarang keputusan terhadap permohonan pemeriksaan psikiatri itu pada sebutan pertama kes terbabit.

Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fadli Mahmud pula mencadangkan agar permohonan tersebut dikemukakan peguam bela tertuduh pada sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Kemaman pada 16 Mac ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI