fbpx

PRN Johor: Peratusan keluar mengundi awal capai 64 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Sehingga setakat pukul 1 tengah hari, kira-kira 64 peratus anggota polis dan tentera serta pasangan mereka yang mengundi awal hari ini, sudah menjalankan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, seramai 22,531 pengundi awal layak memilih dengan 10,955 orang adalah warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasangan.

Bakinya 11,576 orang pula terdiri daripada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pasangan mereka di kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Sebanyak 63 pusat mengundi dengan 83 saluran dibuka bagi proses pengundian awal PRN Johor yang bermula pukul 8 pagi melibatkan premis PDRM dan ATM seperti di dewan Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, dewan ibu pejabat polis daerah (IPD), kem Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kem tentera.

Dalam PRN Johor, terdapat 10 kawasan DUN melibatkan pengundi awal tentera iaitu Jementah, Parit Raja, Senggarang, Mahkota, Tenggaroh, Pasir Raja, Tanjung Surat, Johor Jaya, Permas dan Senai.

Seramai 239 calon bertanding merebut 56 kerusi pada PRN kali ini dengan hari pengundian PRN Johor ditetapkan Sabtu ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI