fbpx

PRN Johor: Hujan tidak halang polis keluar mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis berbaris untuk membuang undi di Pusat Pengundian Awal di IPK Johor, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Meskipun hujan mencurah membasahi bumi Johor namun tidak menghalang pegawai dan anggota polis menunaikan tanggungjawab membuang undi di pusat mengundi awal dekat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Mereka yang sudah mula beratur seawal pukul 8 pagi, bagaimanapun masih kekal di barisan biar pun hujan.

Turut sama berhujan adalah pengamal media yang hadir membuat liputan hari mengundi awal yang berlangsung hari ini.

IPK Johor adalah pusat mengundi awal bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang dengan dua saluran.

Undi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor membabitkan 11, 576 pegawai dan anggota polis serta pasangan, manakala 10, 955 pula pegawai dan anggota tentera serta pasangan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI