fbpx

PRN Johor: 705 anggota polis buang undi awal di Segamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bahrin (dua dari kanan) bersama pegawai serta anggota polis ketika memantau pembuangan undi awal di Dewan Kuaters Kediaman IPD Segamat di Jalan Segamat-Muar hari ini.

SEGAMAT – Seramai 705 orang pegawai dan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat mula membuang undi awal di seluruh daerah di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrin Mohd. Noh berkata, sebanyak tiga buah Balai Polis termasuk sebuah dewan kuarters kediaman polis terlibat sebagai tempat pembuangan undi awal.

“Selain itu terdapat 333 anggota dari Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Segamat hadir di lokasi tempat pembuangan undi,” katanya ketika ditemui di pusat pembuangan undi awal di Dewan Kuaters Kediaman IPD di Jalan Segamat-Muar, di sini, hari ini.

Menurutnya, sebahagian anggota polis yang telah bertukar ke kontinjen lain atau daerah luar turut datang ke pusat pembuangan undi untuk melaksanakan tanggungjawab berkenaan.

“Saya menjangkakan sebanyak 90 peratus undi daripada anggota polis di daerah Segamat yang akan ditunaikan hari ini, ” katanya.

Dalam perkembangan lain, prosedur operasi standard (SOP) berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di daerah Segamat sehingga kini pihaknya hanya menerima satu laporan polis mengenai pelanggaran SOP. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI