PETALING JAYA- Orang ramai masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup di tempat-tampat awam meskipun negara bakal memasuki Peralihan Fasa Endemik bermula 1 April depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain itu, pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan dan hanya dikecualikan untuk kawasan terbuka,
tidak sesak dan tiada perhimpunan orang ramai.
“Tambahan juga, MYSJTrace diwajibkan untuk tempat tertutup yang dipenuhi tetamu dan pengunjung.
“Sebelum ini, terdapat had kapasiti 50 peratus untuk aktiviti yang melibatkan perkumpulan ramai. Dengan pengumuman peralihan ke endemik, had tersebut akan dimansuhkan secara menyeluruh,” katanya pada sidang akhbar khas di sini tadi. KOSMO! ONLINE