fbpx

Nur Shazrin raih pingat emas di Dubai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR SHAZRIN beraksi cemerlang apabila meraih pingat emas pada Kejohanan Pelayaran Asia di Abu Dhabi kelmarin.

PELAYAR negara, Nur Shazrin Mohd. Latif meraih semangat terbaik sebelum menuju ke Sukan Asia Hangzhou 2022 pada September depan apabila berjaya meraih pingat emas ketika beraksi pada Kejohanan Pelayaran Asia di Abu Dhabi yang berakhir kelmarin.

Lebih menarik, seorang lagi atlet pelayaran negara, Khairul­nizam Mohd. Afendy turut membanggakan negara selepas meraih perak dalam acara laser standard.

Nur Shazrin yang mewakili negara pada Sukan Olimpik Tok­yo 2020 berjaya meraih emas acara laser radial wanita ILCA6 selepas mengumpul sembilan mata, sekali gus me­ngatasi wakil India, Nethra Kumanan yang meraih 17 mata.

Sementara itu, atlet pelayaran Hong Kong, Nancy Highfield berjaya membawa pulang gangsa selepas mengumpul 27 mata, beza dua mata dengan Victoria Chan dari Singapura.

“Syukur Alhamdulilah kerana saya berjaya meraih pingat emas di sini dan ia adalah permulaan yang baik untuk ke Sukan Asia nanti.

“Apa pun, banyak perkara perlu dipertingkatkan lagi ke­rana pada kejohanan ini tiada wakil dari Jepun dan China. Jadi saya tidak dapat mengukur tahap saya pada ketika ini.

“Pasukan Jepun mungkin akan membariskan pelayar baru di Hangzhou nanti selepas atlet terbaik yang beraksi pada Olimpik sebelum ini mengumumkan persaraan baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, Nur Shazrin turut menjelaskan, selepas saingan di Abu Dhabi berakhir mereka akan terus menjalani latihan semula di Eropah sebagai persiapan ke Sukan Asia nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI