fbpx

Negeri Sembilan idam kejutan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEVAN membuktikan NSFC mampu menyaingi pasukan lain selepas menilai prestasi anak-anak buahnya dalam 11 perlawanan Liga Super setakat ini.

PENGENDALI Negeri Sembilan, K. Devan mula mengimpikan untuk terus cipta kejutan pada aksi kedua Liga Super menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam esok.

Selepas menyifatkan kemenangan ke atas Sabah sebagai nasib, tiga mata pada aksi pertama di pentas tertinggi bola sepak Malaysia menambah keyakinan Devan untuk terus berkongsi resipi istimewa bersama pemain-pemainnya.

Daripada kesungguhan dan komitmen para pemain ketika bertemu Sabah, bekas jurulatih Selangor dan PJ City itu mula bersedia untuk menabur janji buat penyokong setia skuad Hoben Jang Hoben.

“Terengganu adalah pasukan yang baik dan mereka memiliki pemain berkualiti. Janji saya adalah kami akan pamerkan prestasi sama seperti perlawanan pertama menentang Sabah.

“Pemain akan tunjukkan corak permainan sama dan kekal dengan komitmen tinggi. Soal keputusannya nanti, kita belum tahu tetapi apa yang penting kami sudah bersedia untuk berdepan Terengganu,” katanya.

Daripada aspek pengalaman dan rekod enam pertemuan terakhir, ia lebih berpihak kepada Terengganu yang menang tiga kali dan seri sekali.

Ini adalah penampilan pertama Negeri Sembilan pada Liga Super dalam tempoh tiga tahun, manakala bagi Terengganu, perhitungan malam esok adalah ­ujian sulungnya musim ini selepas pertemuan dengan Sri Pahang terpaksa ditunda ekoran isu jangkitan Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI