PETALING JAYA- Rakyat di negara ini boleh menarik nafas lega dalam menjalani kehidupan seharian selepas Malaysia bakal memasuki fasa endemik dalam pengurusan Covid-19 bermula 1 April depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengumuman ke fasa endemik itu dibuat sebagai satu strategi untuk membolehkan rakyat Malaysia menjalani kehidupan normal selepas dua tahun melawan Covid-19.
“Negara akan memasuki fasa endemik bermula 1 April depan, fasa ini sementara sebelum negara beralih ke fasa seterusnya selepas diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),”katanya pada satu sidang akhbar khas di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE