PELAKON Neelam Kothari tidak kisah mengaku telah melakukan rawatan kecantikan berupa suntikan botoks pada bahagian wajahnya.
Menerusi rancangan realiti, Fabulous Lives of Bollywood Wives baru-baru ini, Neelam membuat pengakuan tersebut sambil menunjukkan hasil rawatan botoks yang dilakukan pada wajahnya.
“Saya tidak rasa melakukan suntikan botoks merupakan satu perbuatan yang salah. Masyarakat tidak sepatutnya menjadikan hal tersebut sebagai isu besar,” katanya.
Gara-gara bersikap terbuka, pelakon berusia 52 tahun itu dikritik hebat netizen apabila dia dituduh mempromosikan rawatan botoks.
Bagaimanapun, Neelam tetap dengan pendiriannya bahawa sesiapa sahaja mempunyai hak untuk kelihatan cantik dengan melakukan rawatan yang dirasakan berbaloi.