fbpx

Kekerapan hujan punca runtuhan batu kuari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian runtuhan batu kuari di Keramat Pulai, Ipoh pagi tadi.

Oleh LIYANA RAMLI

IPOH – Taburan dan kekerapan hujan yang tinggi menjadi punca berlaku kejadian runtuhan batu kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) negeri Perak, Datuk Ir Ahmad Zukni Ahmad Khalil berkata, kuari yang terbabit dalam kejadian runtuhan berkenaan adalah antara kuari yang aktif beroperasi di Simpang Pulai.

“Seperti sedia maklum, batu kapur mengandungi kalsium karbonat yang mudah larut apabila terkena air dan mengakibatkan terbentuknya rongga pada batuan terbabit.

“Ini menyebabkan struktur batuan berkenaan lemah dan berlakunya kegagalan muka cerun seterusnya batu runtuh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Zukni berkata, perubahan cuaca yang tidak menentu menjadi antara faktor kejadian runtuhan batu kuari di sini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI