fbpx

Juruteknik didakwa ceroboh rumah, cabul wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
W .James (baju biru) didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menceroboh dan mencabul seorang wanita.

PORT DICKSON – Seorang juruteknik didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menceroboh dan mencabul seorang wanita di Taman Ria Batu 2 1/2 di sini, minggu lalu.

Tertuduh, W. James, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret V.Vanita.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah menceroboh masuk rumah seorang wanita dengan niat melakukan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Kesalahan itu dilakukan di Taman Ria Batu 2 1/2, Port Dickson pada pukul 6.10 pagi pada 6 Mac 2022.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau dengan denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didapati melakukan kekerasan jenayah terhadap mangsa dengan niat untuk mencabul kehormatannya pada pukul 5.59 pagi pada tarikh dan lokasi yang sama.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda dan sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fatin Nur Athirah Zainudin manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Biro Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM6,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula 22 Mac depan.

Semalam media melaporkan seorang lelaki yang berada dalam keadaan mabuk ditahan selepas dipercayai menceroboh sebuah rumah dan mencabul seorang wanita berusia 29 tahun di Taman Ria Batu 2 1/2, Jalan Seremban Port Dickson. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI