fbpx

Indonesia pantau jualan kopi mengandungi parasetamol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara jenama kopi yang dikesan mengandungi bahan kimia berupa paracetamol. - Detik News

JAKARTA – Agensi Penyeliaan Makanan dan Dadah (BPOM) Indonesia  menggesa pemilik perniagaan memastikan ubat-ubatan dan bahan makanan yang dijual berdaftar dengan BPOM.

Menurut laporan laman berita Kompas News, gesaan itu dibuat selepas BPOM menemui kopi yang mengandungi bahan kimia perubatan sildenafil dan paracetamol di pasaran.

Jenama kopi itu termasuk Kopi Jantan, Kopi Cleng, Kopi Bapak, Spider dan Urat Madu.

“Kami menggesa pemilik platform seperti Tokopedia dan lain-lain supaya menapis jualan ubat-ubatan, herba, ubat-ubatan tradisional, kosmetik, dan makanan yang diproses bagi memastikan produk tersebut sah dan berdaftar dengan BPOM,” kata Ketua BPOM, Penny K Lukito.

BPOM turut bekerjasama dengan Polis Negara dan Kementerian Komunikasi dan Penerangan (Kemenkominfo) untuk membanteras penjualan ubat-ubatan tradisional dan bahan makanan yang mengandungi bahan kimia perubatan (BKO) di pasaran.

Berdasarkan tinjauan, Kopi Jantan dilihat masih dijual di pasaran dengan harga sekitar Rp60,000 (RM17.40) sebungkus.

“Kami akan terus melaksanakan tindakan intensif terhadap penjualan produk haram secara online,” tegas Penny. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI