fbpx

Ibu bapa lega, mohon laksana segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAJAR tidak lagi berdepan isu beg sekolah berat selepas KPM menyediakan lokar di sekolah tidak lama lagi.

Oleh ZAKI SALLEH, ABDUL RAZAK IDRIS dan NUR SYAZWANA MANSOR

PETALING JAYA – Langkah Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan kemudahan lokar bagi menangani isu beg berat merupakan keputusan yang pa­ling ditunggu oleh ibu bapa.

Rata-rata ibu bapa berasa lega kerana isu yang berlarutan sejak 30 tahun lalu mendapat perhatian kementerian berkaitan.

Seorang bapa, Zaki Sidek, 49, berkata, langkah KPM menyediakan lokar di sekolah dua sesi itu dianggap terbaik dan diharap berupaya mengurangkan beban pelajar sekolah rendah.

“Berat beg sekolah anak saya yang berusia 11 tahun mencecah 10 kilogram. Sudah pasti sebagai bapa, saya bimbang mengganggu tumbesaran anak.

“Dengan adanya lokar, pelajar tidak perlu lagi membawa banyak buku ke sekolah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Di Sungai Petani, seorang ibu, Siti Sarah Shabudin, 32, turut menyokong inisiatif itu kerana memahami keadaan dua anaknya yang bersekolah di tahun 1 dan 3.

“Anak sulung saya tidak pernah merungut, namun sebagai ibu sudah pasti saya bimbang setiap kali melihat dia menggalas beg berat ke sekolah,” katanya.

Siti Sarah berharap inisiatif tersebut dilakukan secara sistematik dengan pengawasan pihak sekolah bagi mengelak ke­rosakan akibat vandalisme atau kehilangan kunci.

“Tempat penyediaan lokar juga perlu dipertimbangkan bagi memudahkan pelajar untuk mengambil dan menyimpan buku-buku mereka,” katanya.

Seorang lagi ibu, Aminah Abu Bakar, 34, berkata, sudah tiba masanya KPM mengambil langkah demikian kerana tiga anak­nya kerap mengadu beg berat.

“Sudah pasti inisiatif ini melegakan ibu seperti saya dan anak-anak juga seronok untuk ke sekolah. Saya harap ia direalisasikan secepat mungkin,” ujarnya.

Di Ipoh pula, Shamsuddin Jaafar, 40, memberitahu, penggunaan pelbagai jenis buku terma­suk buku teks menyebabkan pelajar terpaksa membawa kesemua buku ke sekolah dan ia perlu diseragamkan dengan ja­dual selepas ini.

“Ada lokar bagus, tetapi jika ada latihan di rumah maka buku latihan dan buku teks perlu dibawa pulang, maka beg sekolah akan berat semula,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI