fbpx

Hati tak sedap, petanda anak positif Covid-19 – Shakilla Khoriri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DALAM keterujaan menanti sambutan hari lahir puteri kesayangannya minggu depan, Shakilla diuji apabila Ameena Sofia disahkan positif Covid-19.

PETALING JAYA – Keresahan yang menghantui pelakon Shakilla Khoriri sehingga membuatkan hatinya berasa tidak tenteram sejak beberapa hari lalu akhirnya bertukar menjadi mimpi buruk selepas puteri kesayangannya disahkan positif Covid-19.

Kongsi Shakilla, dia mula berasa tidak sedap hati apabila memikirkan anaknya, Ameena Sofia ketika kanak-kanak itu tinggal bersama bekas suaminya, Fizi Ali sejak beberapa hari lalu.

Selepas mengambil Ameena di rumah Fizi malam semalam, Shakilla mendapati anaknya itu berada dalam keadaan tidak sihat.

“Beberapa hari masa Ameena duduk dengan daddy dia, rasa macam ada sesuatu tak kena. Mimpi dia masuk hospital dua hari berturut-turut. Malam tadi masa ambil dia dari Fizi, dalam hati saya cakap anak saya tak okey.

“Dia mula muntah sejak malam tadi sampai ke pagi ini. Hati saya kuat cakap, ‘habislah anak aku kali ini’.

“Pagi ini Ameena bangun tak sempat sarapan, bawa dia ke klinik buat ujian calitan dan dapat jawapan yang buat saya betul-betul kecewa. Dia positif, saya negatif,” tulisnya dalam hantaran Instagram.

Ujar pelakon drama Saat Kau Takluk Cinta Ini itu lagi, ketika dimaklumkan tentang kesihatan anaknya yang disahkan positif, dia berasa kepalanya seperti dihempap batu besar.

Lebih memeritkan hati seorang ibu apabila melihat puteri kesayangannya itu dijangkiti wabak tersebut membuatkan Shakilla berasa sangat sedih sehingga mahu menggantikan tempat Ameena.

“Dalam hati fikir macam mana saya nak ganti tempat dia. Biar saya (yang sakit).

“Tapi saya percaya. Semua ini ada hikmah. Minggu depan Ameena masuk tiga tahun. Sedang saya sibuk siapkan sambutan hari lahir dia tapi diduga dengan ujian begini. Allah tahu yang sebaiknya,” kata Shakila.

Ameena Sofia merupakan anak hasil perkongsian hidup Shakilla bersama Fizi yang merupakan penyampai radio di stesen Suria FM.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018, namun mereka memilih haluan hidup masing-masing apabila mengesahkan sudah bercerai pada Disember tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI