PUTRAJAYA – Pengumuman pembukaan sempadan negara pada 1 April ini dilihat mampu memulihkan semula sektor yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 terutama sektor pelancongan dan perdagangan.
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau menyambut baik pengumuman itu dan satu yang langkah positif dalam proses pemulihan negara.
Beliau berkata, keputusan ini dibuat selari dengan syor MPN pada 8 Februari lalu untuk pembukaan semula sempadan negara tanpa keperluan kuarantin wajib.
“Ketika ini, Malaysia memainkan peranan penting dalam rangkaian bekalan dunia dan penutupan pintu sempadan yang berpanjangan akan menjejaskan posisi dan kebolehan daya saing Malaysia di peringkat perdagangan antarabangsa.
“Insya-Allah, Malaysia akan terus berada pada landasan tepat untuk pemulihan ekonomi negara yang diunjurkan berkembang antara 5.5 hingga 6.5 peratus tahun ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE.