fbpx

Dua perumahan PGBF terbengkalai akan diselesaikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris ketika hadir program ramah mesra bersama warga Felda Air Tawar 2 yang turut dihadiri calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Lama, Norlizah Noh.

KOTA TINGGI – Isu Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) yang berbaki di dua Felda lagi di Johor dijangka akan dapat diselesaikan melalui kaedah baru.

Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, proses berkenaan akan dilaksanakan tahun ini melibatkan PGBF yang terbengkalai di Felda Bukit Aping Timur dan juga Felda Pasak.

“PGBF yang terbengkalai hanya dua rancangan sahaja yang lain dalam proses siap, dalam pembinaan juga ada yang sudah duduki.

“Dua rancangan itu kita akan buat gunakan kaedah berbeza bukan kaedah lama untuk selesaikan. Dahulu kita selesaikan bagi pembinaan yang sudah 70 peratus ke atas dan sekarang kita selesaikan yang sebelumnya dan ada rumah yang kini telah diduduki.

“Ini isu lama yang sedang kita usahakan dan esok isu besar berkenaan isu lot generasi kedua akan diumumkan Perdana Menteri dan Menteri Besar dalam majlis di Felda Lok Heng esok. Beberapa langkah untuk selesaikan isu lot tanah generasi akan diumumkan nanti,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas hadir program ramah mesra bersama warga Felda Air Tawar 2 yang turut dihadiri calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Lama, Norlizah Noh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI